BUKU DAN BAHAN MENGAJAR FONIK BACALAH ANAKKU

MENGAPA BUKU DAN BAHAN MENGAJAR MEMBACA INI WAJIB ANDA MILIKI?
RANCANGAN MENGAJAR BACALAH ANAKKU
- Buku Rancangan Mengajar Bacalah Anakku ini mengandungi langkah-langkah pengajaran secara terperinci dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dilaksanakan berdasarkan susunan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.
- Sukatan ini hendaklah dipakai bersama dengan buku aktiviti Bacalah Anakku iaitu Fonetik Ekspres 1 dan Fonetik Ekspres 2 serta buku Permainan Kreatif.
- Bagi memudahkan pengajaran guru, Rancangan Mengajar ini dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu:
- Kanak-kanak 4 tahun
- Kanak-kanak 6 tahun
- Kanak-kanak 5 tahun
- Pelajar tahun 1 ke atas
BUKU AKTIVITI FONETIK EKSPRES 1
- Buku Aktiviti Bacalah Anakku Fonetik Ekspres 1 merupakan sebahagian daripada aktiviti bahasa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca.
- Buku aktiviti Fonetik Ekspres ini menekankan aspek pengamatan dan diskriminasi simbol (huruf) serta kekuatan ingatan mental mereka.
- Aktiviti-aktiviti di dalam buku ini hendaklah dibuat semasa pengajaran secara berkumpulan ataupun diselangselikan dengan permainan bahasa.
BUKU AKTIVITI FONETIK EKSPRES 2
- Buku Aktiviti Bacalah Anakku Fonetik Ekspres 2 merupakan sebahagian daripada aktiviti bahasa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca.
- Buku aktiviti Fonetik Ekspres ini menekankan aspek penambahan kosa kata serta pemahaman vokabulari serta kekuatan ingatan mental mereka.
- Aktiviti-aktiviti di dalam buku ini hendaklah dibuat semasa pengajaran secara berkumpulan ataupun diselangselikan dengan permainan bahasa.
BUKU PERMAINAN KREATIF
- Permainan Kreatif adalah buku panduan aktiviti bahasa untuk mengajar membaca menggunakan kaedah fonetik.
- Di dalam buku ini terdapat 30 aktiviti yang merangkumi kemahiran mengajar satu bunyi, kemahiran gabung bunyi dan kemahiran membaca perkataan.
- Setiap aktiviti dalam buku panduan ini disertakan ilustrasi yang menarik untuk memudahkan penggunaannya.
- Aktiviti dalam buku ini disusun berdasarkan Rancangan Mengajar Bacalah Anakku.
- Perlaksanaan aktiviti bahasa ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan berkesan.
- Guru-guru digalakkan mencuba aktiviti permainan yang dicadangkan dalam buku ini dengan mensimulasikan permainan tersebut supaya dapat dilakukan dengan baik berdasarkan bilangan pelajar dalam kelas.
- Guru-guru juga boleh melakukan inovasi kepada aktiviti yang dicadangkan menggunakan kreativiti sendiri yang bersesuaian supaya pembelajaran lebih efektif.
SIRI CEPAT MEMBACA BACALAH ANAKKU
- Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan bacaan yang baik dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.
- Keistimewaan produk ini:
- Sistem fonetik
- Suku kata mudah
- Bermakna dan berulang
- Dua warna
- Berima
- Kurang gambar
SIRI BACAAN AWAL BACALAH ANAKKU
- Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku merupakan siri bacaan dua dalam satu.
- Siri ini boleh dibaca semasa anak dalam kandungan, semasa bayi 3 bulan ke atas dan juga untuk kanak-kanak yang baru menguasai kemahiran membaca.
- Amalan membaca buku cerita kepada anak seawal dalam kandungan akan meransang perkembangan bahasanya dan mengeratkan hubungan ibu ayah dengan anak.
- Bagi kanak-kanak 3 bulan ke atas, ilustrasi yang berwarna- warni akan menarik minat anak kepada buku.
- Pengulangan bacaan merupakan cara terbaik untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dalam struktur yang betul (standard language).
- Kanak-kanak juga akan merasa selamat dan lebih yakin kerana dapat meneka susulan cerita atau menyambung cerita.
- Pangkulah bayi di riba dan bacakan buku bersamanya dengan intonasi suara yang merdu.
- Bagi kanak-kanak yang baru menguasai kemahiran membaca, Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku akan membantu anak anda melancarkan bacaannya.
- Teks yang ditulis dengan warna hitam merah akan membantunya membaca dengan tepat, sekaligus menambah keyakinan diri anak.
- Berilah sokongan kepada anak anda dengan memberi peluang anak membaca dengan kuat (out loud) kepada anak.
- Jadikan membaca budaya keluarga anda.
SET LAGU ABU ADA AYAM (LAGU FONIK BACALAH ANAKKU)
- Lagu Fonik Abu Ada Ayam dapat membantu guru dan ibu bapa memperkenalkan bunyi kepada pelajar melalui nyanyian dan aksi-aksi asosiasi yang menyeronokkan.
- Bunyi-bunyi yang diperkenalkan dalam lagu ini adalah mengikut susunan bunyi yang diperkenalkan dalam buku Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.
KAD IMBASAN BACALAH ANAKKU
- Terdapat 72 kad-kad simbol (huruf) yang boleh digunakan ibu bapa dan guru untuk melatih kanak-kanak menggabung bunyi melalui aktiviti praktikal gabung bunyi, manipulasi dan rantaian bunyi berdasarkan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku
- Ukuran saiz kad: Lebar 7cm x Tinggi 10cm
BUKU PENULISAN KREATIF BACALAH ANAKKU
- Buku Penulisan Kreatif Bacalah Anakku ini sesuai digunakan sebagai panduan kepada guru-guru prasekolah dan Sekolah Rendah untuk mengajar kanak-kanak yang telah dapat membaca (terutamanya yang menggunakan Bacalah Anakku) menulis karangan-karangan kreatif.
- Lakaran lukisan yang menarik sesuai dengan tema karangan kreatif sebagai bingkai karangan pastinya mendorong motivasi dan keseronokan kanak-kanak untuk menulis karangan yang baik.
- Lebih menyeronokkan lagi apabila lakaran-lakaran lukisan tadi diwarnakan dan hasil kerja mereka dipamerkan di dalam kelas atau di rumah.
CARTA BUNYI BACALAH ANAKKU
- Merupakan salah satu bahan bantu mengajar berbentuk poster
- Memaparkan bunyi-bunyi asas dalam Bahasa Melayu
- Ianya juga menunjukkan cara menulis huruf dengan betul mengikut kepada langkah yang ditunjukkan pada setiap huruf
- Ukuran poster: Lebar 30 cm x tinggi 60 cm
POSTER LAGU ABU ADA AYAM
- Merupakan salah satu alat bantu mengajar bagi produk Set Lagu Abu Ada Ayam dalam bentuk poster.
- Sesuai digunakan di rumah dan juga tabika.
- Ukuran poster: Lebar 30 cm x tinggi 60 cm
BUKU AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL
- Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun membesarkan anak-anak sendiri seramai 6 orang dan membantu mereka membaca awal.
- Ditambah dengan pengalaman sebagai guru Bahasa Inggeris selama 7 tahun, 15 tahun mengendalikan tadika sendiri, 14 tahun memberikan kursus kepada ibu bapa dan guru dalam membantu mengajar anak kecil membaca awal.
- Keistimewaan produk:
- Bagaimana bermula awal ketika dalam kandungan
- Bagaimana meransang anak setelah lahir
- Bagaimana mengajar membaca pada awal usia
- Keistimewaan kaedah fonik
- Tips untuk ibu bapa mengajar anak di rumah
- Lirik dan lagu mengajar anak membaca
SET POSTER MEMBACA BACALAH ANAKKU
- Set Poster Membaca Bacalah Anakku ialah pilihan teks bacaan yang tertentu daripada teks bacaan dalam Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku
- Sesuai dengan tahap kemahiran yang diajarkan secara berperingkat
- Ciri keistimewaan:
- Saiz yang besar
- Memudahkan kanak-kanak membaca
- Pelbagai warna
- Kandungan produk: 11 keping poster bacaan yang telah disusun mengikut turutan nombor
- Ukuran poster: lebar 30 cm x tinggi 60 cm
Jika anda menghadapi sebarang masalah, boleh hubungi Customer Service Team kami:
Cikgu Azleen: 0173329298